Oleh sebab itulah, tiap-tiap sesuatu yang kami cipta dan lakukan akan mengotakan Janji Data Peribadi kami
Dapatkan Sedikit
Kami pastikan yang kami ambil sedikit sahaja maklumat tentang anda
Semua syarikat teknologi mengumpulkan data untuk meningkatkan produk mereka. Tetapi ia tidak perlu menyertakan terlalu banyak maklumat peribadi anda. Satu-satunya data yang kami mahukan ialah data yang akhirnya akan berkhidmat kepada anda. Kami bertanyakan diri sendiri: adakah kita benar-benar perlukan ini? Untuk apa kita memerlukannya? Dan bilakah kita boleh memadamkannya?
Pastikan selamat
Kami bekerja keras untuk melindungi maklumat peribadi anda
Keselamatan data adalah rumit — atau sekurang-kurangnya begitulah sepatutnya. Itu sebabnya kami mengambil langkah tambahan untuk mengklasifikasikan data yang kami ada, menjaga peraturan tentang cara kami menyimpan dan melindungi setiap jenis dan tidak pernah berhenti mengulangi proses itu. Kami mengutamakan privasi anda. Kami melabur di dalamnya. Kami komited terhadapnya. Malahan kami mengajar syarikat lain cara untuk melakukannya.
Tiada rahsia
Anda akan sentiasa tahu tempat anda di sisi kami
Di sini tiada agenda tersembunyi. Urus niaga kami bukan bergantung kepada menyalahgunakan kepercayaan anda. Notis Privasi kami sebenarnya mudah dibaca. Kod kami sentiasa terbuka jika anda ingin mendalami setiap butir data yang kami kumpulkan. Begitu juga dengan kami.
-
Mengapa mempercayai Firefox?
Kerana kami mengutamakan orang. Sebenarnya, kami disokong oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan. Sejak mula lagi, melindungi Internet dan semua orang yang menggunakannya menjadi misi kami.
-
Privasi anda, melalui produk
Produk Firefox berfungsi secara berbeza — kerana ia direka bentuk untuk melindungi privasi anda dahulu.